Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Seorang anak datang bertemu ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Si anak menghulurkan sehelai kertas yg tercatat sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron dan menyambut kertas tadi lalu membacanya. Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi kedai.............................RM 1.00
Tolong jaga adik.................................RM 2.00
Tolong buang sampah.......................RM 1.00

Tolong kemas bilik.............................RM 2.00
Tolong siram bunga...........................RM 2.00
Tolong sapu sampah..........................RM 2.00 Jumlah.................................................RM 10.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang anaknya. Kelihatan sesuatu bermain difikirannya. Si ibu mencapai sebatang pen lalu menulis sesuatu di belakang kertas yg sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bln.....................................Percuma
Kos berjaga mlm krn menjagamu............................................Percuma

Kos air mata yg menitis disebabkanmu..................................Percuma

Kos kerunsingan krn bimbangkanmu.....................................Percuma

Kos sediakan mkn minum, pakaian, keperluanmu...............Percuma

Jumlah keseluruhan nilai kasihku...........................................Percuma


Selesai membaca tulisan ibunya, air mata si anak berlinangan sambil menatap wajah si ibu. Lantas si anak memeluk ibunya sambil berkata "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah dibayar' pada m/s yg ditulisnya.

Kesimpulan drpd sketsa di atas bertepatan dgn pertanyaan seorg pemuda kpd Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah, siapakah yg plg berhak mendpt layanan yg baik drpd ku?" Rasulullah menjawab : "Ibumu. Kemudian ibumu. Kemudian ibumu. Kemudian barulah ayahmu. Kemudian saudara2mu yg terdekat".


Semalam sewaktu aku tengah seronok tengok upin ipin, tiba-tiba..."wei busuknyo, sape kentut nih??? ", jerit aku sambil menutup hidung. Yang lain serentak menutup hidung...Rumah jadi kecoh seketika sambil masing-masing menuduh antara satu sama lain, siapakah yang mengeluarkan gas berbau busuk itu ...Masing -masing tidak mahu mengaku...Ni peluang baik untuk selingan nih, maka aku pun mengeluarakan handset dan mula membaca..."Dengar, dengar semua...",aku bersuara.

Kategori-kategori orang :

1- tak jujur = orang yang kentut tapi salahkan orang lain.
2- bengong = orang yang tahan kentut berjam-jam
3- yakin diri = orang yang kentut dengan lantang
4- sadis = orang yang kentut dalam selimut lalu dikibaskan baunya
5- strategik = orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat
6- misterius = orang yang kentut tapi tak dapat dikesan
7- gugup = tiba-tiba kentut apabila disergah
8- periang = kentut pelan-pelan pastu senyum sorang-sorang

ha! senyum sorang-sorang ni.., kentut yea.